2 Januari 2013

-Wanita Dan Air Mata



Kadang kala wanita akan menangis sepanjang malam disebabkan oleh perkara-perkara lama yng sudah berlalu..

Apabila ditinggalkan kekasihnya..wanita itu menangis kerna cintanya telah didusta.dia menangis kerna hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerna cintanya yang ikhlas telah dipermainkan..

Apabila suaminya dilanda musibah...wanita itu menangis didalam hatinya..tidak di depan suaminya,kerna hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya terluka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga..

Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi..Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka.bukan sehari,bukan seminggu,bukan sebulan,malahan bertahun lamanya..Ibu dan ayah merupakan hubungan istimewa yang Allah ciptakan...

Apabila dirinya di ijab dan qabul..Wanita itu menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya.Dia menangis kerana dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya.dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi..

Air mata wanita melambangkan perasaannya...apabila dia menangis,itulah perasaannya yang ikhlas tatkala itu...air mata tidak berbohong wahai kaum Adam..

Seoarang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal.Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya...Titisan air mata wanita itu melambangkan keikhlasan,kejujuran,kesedihan,kegembiraan,kepasrahan,ketakutan,kecurangan,pendustaan,kepercayaan,kesetiaan,leluatan dan kesucian....

Mengapa harus ada air mata????semua wanita memang menangis tanpa ada alasan yang munasabah...setelah puas aku berfikir,sedikit demi sedikit mulai aku fahami,sebenarnya air mata wanita adalah air mata kehidupan :)

Air mata adalah salah satu cara bagaimana MATA berbicara ketika bibir tidak mampu menjelaskan apa yang terluka..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan